It's Personal...

It's personal, but don't take it personally

1:32 PM

Sekularnya Kita!

Dipos oleh azalakapoor |

Bismillah..
Sebulan yang lalu, aku terdengar satu kutbah jumaat yang amat menarik di kawasan perumahan aku. Khatib yang naik ke mimbarnya bermuka serius sekali. Sebelum memulakan kutbah, beliau memandang setiap ahli jemaah dengan mata yang boleh dikatakn agak menakutkan. Itu membuatkan aku tertarik. Kemudian beliau bersuara dengan suaranya yang agak garau seperti ada hal besar yang ingin dikutbahkan. Benar, kutbahnya panjang lebar. Tetapi beliau tidak menggunakan sebarang teks. Semuanya lancar keluar dari benak kepalanya. Satu perkataan- KAGUM.


Walaupun kutbahnya panjang dan ramai yang agak2 tertidur kebosanan/keletihan, aku terasa amat tertarik dengan kutbahnya. Terutama semasa beliau menyebut "Islam Sempena". Apa itu Islam sempena? Islam barukah? Tidak, itu adalah Islam yang kita amalkan pada hari dan saat ini. Berdasarkan penerangan kutbah beliau, Islam sempena adalah satu perbuatan di mana Islam diamalkan SEMPENA event2 tertentu sahaja. SEMPENA Maal Hijrah, SEMPENA Maulidur Rasul, SEMPENA Israk Mi'raj, SEMPENA Nuzul Quran dan pelbagai2 lagi. Semuanya SEMPENA event2 tertentu sahaja.

Kemudian aku terfikir, benar apa yang dikatakan oleh khatib itu. Islam tidak diamalkan dan dipegang secara menyeluruh lagi. Kita menjadi sekular! Agama diasingkan dari hal2 duniawi. ISLAM diasingkan dari hal2 duniawi! Agama itu khas untuk hal2 agama sahaja. Benarkah? Jawab dengan yakin, BENAR. Itulah yang berlaku..

Suatu hari, aku berkesempatan mengajar sahabat baik tentang presentation yang akan dilakukannya. Presentationnya berformatkan argumentative dan aku diminta menolongnya mencari isi. Kemudian aku bertanya, "Presentation ni tuk subjek ape? Agama ke, english ke? Bukan ape, kalau presentation english, kita kena SEKULAR sikit." Dalam x sedar, perkataan yang dibenci itu aku sebutkan. Satu lagi cerita berlaku semasa aku di tingkatan 5. Sahabat baik aku bertanya kepada cikgu BM kami, "Cikgu, boleh ke kalau dalam karangan kita letak hadis, ayat2 quran?" Cikgu menjawab boleh tapi ada sedikit keberatan disitu seperti tidak menggalakkan kami menggunakannya. Minta maaf cikgu, saya x kata cikgu sekular, saya kata sistem pembelajaran kita yang sekular.

Bagaimanapun, bila difikirkan balik, memang benar bukan. KITA SEKULAR. Matapelajaran dan subjek2 di sekolah, universiti, semuanya mengasingkan agama dari kehidupan. Ya, memang pelik kalau nak dibayangkan belajar Kimia kemudian bercampur dengan agama. Tapi apa salahnya? Belum cuba belum tahu.. Apa2 pun, memang susah hendak membuang sekular dari negara ini. Cara paling mudah, apa yang kita terima, kita cuba kaitkan dengan Islam dan insyaAllah nanti kuranglah sedikit sekular dalam diri kita tu. X perlu bagi contoh kan, kita semua dah cukup matang untuk memikirkannya. Cuba thinking out of the box sekali..

Firman Allah s.w.t...
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Al-Baqarah, 2:208)


Ok la, sampai situ je kot. Sebenarnya isu sekular ni lebih besar dari apa yang disebutkan di atas. Apa yang disebutkan di atas itu hanya peringatan berdasarkan pengalaman diri ini. Nak tahu lebih banyak pasal sekularisma, boleh cari kat Google. Bahasa Melayu, sekularisma. Bahasa Enggeris, secularism. Carilah, banyak isu2 semasa yang boleh kita tahu.. Don't be an ignorant ya!

Akhir kata, alhamdulillah tercapai jugak hajat aku nak wat post ni. Harap2 boleh la nak meneruskan post ilmiah dari Thinking Out of The Box yang dah ditutup tu walaupun dalam Bahasa Melayu la. Hehe. K la, moh berpikir luar kotak!

P/s: Kalau kat KISAS dulu, selalu tertidur masa kutbah tapi bile dah keluar, x la tertidur pulak. Aneh2..

Read More...

11:36 AM

Exam Itu Seronok!

Dipos oleh azalakapoor |

Bismillah..
Semalam aku dah berjanji nak cerita pasal result exam aku kan? OK, here it goes.. Erm, aku seorang pelajar UTP. Amik course Civil Engineering. InsyaAllah kalau dipanjangkan umur, minggu depan aku akan memasuki undergraduate untuk First Year First Semester. Yup, baru je abis Foundation aku ni. Erm, Foundation-nya satu tahun yakni dua semester.

Jadi, oleh kerana baru dua semester yang aku jalani, maknanya baru dua final exam la. Dan untuk pengetahuan, start undergraduate, CGPA akan kembali zero.. So, untuk final exam yang pertama tahun lepas, aku dapat 3.64 dan final exam yang baru2 ni, aku dapat 3.45. Haa.. Menurun la.. Abang aku kata aku banyak main. Yekot.. Mana x nya, dah dapat laptop best, main game la selalu. Huhu..

Anyway, CGPA untuk dua semester ni adalah 3.55. Nasib baik CGPA dean's list lagi walaupun GPA semester ni x dean's list. Oh ye, untuk pengetahuan, last semester punya credit hour, 22. Semester ni pulak 20 je tapi subjeknya susah2 dan semua subjek 4 credit hour (maksudnya berat2 semua) x macam last semester yang ada 1, 2 dan 3 credit hour je.. K la, cakap2 je x best, tengok la gambar kat bawah tu..

Foundation First Semester

Foundation Second Semester

Faktor kejatuhan
Erm, sebab x nak bagi post ni kosong sangat, aku nak masukkan faktor2 kejatuhan aku dan maybe kawan2 aku jugak.

1. Chemistry II
Hoho, subjek ni memang killer. Satu perkataan tuk describe- KEJAM! Kenapa kejam? Yang pertama, soalan exam/test jauh sekali tahap kesusahan dengan soalan kuiz dan contoh2 soalan dalam lecture. Kedua, masa exam/test, ade term2 yang x pernah didengar macam EE dan macam2 lagi. Ketiga, boleh2 diorang x bagi constant tuk jawab exam. Mak ai, kejam giler. Invigilator kata, lecturer kitorang dah suruh hafal.. Weh, aku berani kerat jari yang lecturer aku x pernah suruh hafal tau. Dan faktor terakhir, Chemistry II ni memang susah sebab banyak nak kena hafal dan hadam.

2. Engineering Math II
Subjek ni sebenarnya x susah mana. Ramai budak2 yang dapat tinggi (berbanding dengan Chemistry, purata student coursework memang low) coursework diorang. Tapi, yang menjadikan E-Math II ni faktor kejatuhan aku adalah disebabkan coursework aku x cukup nak pass. Sebabnya, cara lecturer kitorang bagi markah coursework adalah berdasarkan kuiz dan test semata2. No assignment. Ha, tu yang membunuh tu. Berbanding dengan student selain CVE dan EE, diorang ade assignment tuk back-up coursework diorang. Yang kami ni, xde. So, markah kami semua low2 (tapi ade yang memang high giler). Tapi, macam mana pun, aku mengaku yang aku memang lemah matematik.

3. Diri sendiri
Haha. Aku ni malas orangnya. Suka main game. Mak pernah kata masa aku muda2 dulu, "Eman ni pandai, tapi malas baca buku. Cube tengok, x baca buku pun markah dah tinggi, kalau baca, mesti lagi tinggi." Lebih kurang cenggitu la. Betul la tu kot. Punca utama- malas. Yang aku rajin, Fizik je. Haha..

Ok la, sampai situ je kot. Panjang pulak post ni. Bosan pulak siapa yang baca nanti. K, makacih kerana membaca. Bye2~

P/s: Jeles la tengok post Dhamirah yang dia dapat 4 flat (walaupun lain U dan lain subjek). Weh, aku ade firasat yang semester depan aku akan busy giler. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini ye..

Read More...

4:30 PM

Selepas 4 Bulan..

Dipos oleh azalakapoor |

Bismillah..
Pagi tadi dihabiskan dengan membuka blog2 sahabat yang dah lama benar aku x bukak. Tapi xde la baca setiap satu. Just browsing2 dan baca mana yang menarik perhatian. Seronok jugak buat hobi yang dah lama ditinggalkan ni..

So, masa melawat blog2 yang ade dalam senarai aku ni, aku tengok macam2 post yang baru. Mintak maaf la x dapat nak catch-up semua post2 korang. Pastu yang menarik perhatian aku, rupe2nye ramai jugak yang macam aku yang dah lama x update. Ade yang x update setahun dah. Hehe.. Dan ade jugak yang dah tutup blog mereka. Aku kira2, ade 9 blog yang dah tutup. So tadi aku buang la senarai nama orang2 tu daripada senarai blogroll aku. Hurm, teringat pulak survey yang Anas buat yang tanya pasal sampai bila nak blogging. Aku jawab sampai bila2. Hehe. Kelakar pulak rasanya..

Anywho, minat blogging aku dah kembali. InsyaAllah next semester aku akan berpindah village yang ade LAN dan harapannya, aku dapat la online selalu dan update selalu.. Erm, bercakap pasal next semester, alhamdulillah tadi aku dapat bukak akhirnya student portal aku, dan dapat la aku tahu result final exam aku. Camne result? Ok la. Walaupun x masuk dean list. Waa, x bersyukurnye aku.. X pe, nanti aku post pasal result exam aku ye..

Oh ye, lagi satu, makacih la sape yang puji template ni lawa. Asalnya seluruh template ni kaler merah. Then aku edit2 sampai sume jadi hijau. X tau la lawa ke x. Edit pakai laptop ni x bagus sangat sebab kaler die x berapa natural (akak aku yang cakap). Anyway, ade la dalam 2 jam kot nak wat renovation kat template ni. Seronok bile dapat buat (edit) blog kite sendiri! Kan2? Erm, tengok kat bawah, tu rupa asal blog ni. Tekan gambar tu, boleh tengok live demo..

Sebelum...Selepas

Ok la, tu je kot. Sebenarnya aku tengah cari idea nak Thinking Out of The Box tuk blog ni. InsyaAllah dah ade idea nanti aku wat post ilmiah ye. K, makacih kerana membaca. Bye2.. :D

P/s: Kita merancang, Allah juga merancang kan? :)

Read More...

3:57 PM

7 Minggu Cuti Rupanya!

Dipos oleh azalakapoor |

Bismillah..
Aku pelajar UTP. Cuti kat UTP selalu pelik2. Katanya UTP sengaja mismatch-kan cuti tu supaya x sama ngn cuti sekolah n cuti2 universiti yg lain. Betul ke? X kot.. Anyway, sekarang tengah cuti semester yang mana bermula 29 Mei yang lepas dan cuti ni akan berakhir pada minggu depan. Adoi, cepatnye cuti ni berlalu. Bermanfaatkah cuti aku semester ni ye? Moh kite tengok~

Minggu pertama- Melancong!
Sebenarnye aku melancong pada Sabtu n Ahad sebelum minggu pertama cuti. Melancong masa nak balik dari UTP. Huhu, best woo bercuti. Mandi manda di Lost World of Tambun kat Perak dan jugak menikmati keindahan alam di Cameron Highland. Best2.. Tapi, slek skit sebab masa balik dari Cameron, aku mabuk sebab dah lama x lalu jalan lama. Haha..

Errmmm~ Strawberry dari Cameron~

Minggu kedua- Kem 'Team Building n Creative Management'
Haa~ Yang ni paling best! Macam2 yang terjadi. Best giler. Tapi x leh komen byk2. Hehe~

Minggu ketiga- Terlantar di rumah kesakitan
Oops. X tahu la ape kes yang sebenarnye. Perut meragam. Cirit birit, sampai pucat muka aku. Keracunan makanankah? Atau gastrik? Atau effect dari previous kem? Wallahua'lam.

Minggu keempat- Cuti2 menghabiskan masa bersama kakak tersayang
Masa ni best gak. Memandangkan akak dah nak balik ke UTM, aku meluangkan masa bersama beliau. Akak, eman rindu ler kat akak. Waaaa~

Minggu kelima- Soaring The Eagle
Hoho.. Kem sponsored by PETRONAS. Best2. Terasa mewah giler. Memang bersyukur dengan kemudahan yang ade. Makan pun sodap! Anyway, banyak gak yang dipelajari dari kem ni. Tapi x leh challenge previous kem tu. Hahaha..

Roomate ku di STE. Mintak maaf aku mandi lame dalam tandas. Hehe..

Jom mandi sungai ramai2!

Minggu keenam- Cuti yang keseorangan
Erk.. Time ni memang bosan gile. Masa dihabiskan dengan bermain game laptop. Banyak game dah abis main. Seronok tapi lonely sebab xde orang kat umah. Kalo ade pun, everyone's busy..

Minggu ketujuh- Online!
Result dah kuar! Tapi malang menimpa sebab student portal aku x dapat dibukak. Sakitnye hati.. Oh ye, ni juga minggu dimana aku online seminggu! Seronok dapat catch-up dengan kawan2 lama di YM. Best2..

Haa.. Tu je kot. Minggu kelapan, akan start belajar balik. Erm, agak2 korang, bermanfaat ke cuti aku ni? Ade yang bermanfaat, ade yang x kot. Hehe. K la, itu aje tuk hari ni. Bye2~

P/s: Template dah tukar. Chantek x? Aku modified sendiri ni. Komen2.. :D

Read More...

11:57 AM

Berhenti Blogging?

Dipos oleh azalakapoor |

Bismillah..
Lama betul x online. X sangka last post adalah 27 Mac. Maksudnye dah 4 bulan aku tinggalkan arena blogging ni. Huhu.. Aku x nak salahkan sape2 dalam hal ni, aku salahkan diri aku sendiri. Secara jujurnye aku nak bagitau, aku malas la nak blogging. Hehe.. Tambah pulak dengan internet yang x pernah nak bagi peluang kat aku nak blogging. Sakit hati betul.. Tapi tu la, nak seribu daya, x nak seribu dalih kan?

Anyway, tujuan blogging hari ni just nak mengumumkan bahawa blog 1st aku akan dibatalkan. Yup, no more Thinking Out of The Box. Hehe.. Sebenarnya penutupan ini disebabkan aku fikir aku x mampu nak menguruskan 2 blog. 1 blog pun x mampu, ni kan plak nak uruskan 2-2. Lagipun, selepas di-lecture oleh seorang mak cik aritu, buat aku terfikir tuk tutup blog aku yang 1st tu. Katanya, "tu la tamak sangat nak wat 2 blog, orang tamak selalu rugi tau!" Aduh, tepat kena kat batang idung aku. Makacih ya mak cik..

Tetapi, penutupan blog tu x bermakna aku akan stop posting benda2 ilmiah. InsyaAllah, selagi diberikan ilham, aku akan cuba posting cam dalam Thingking Out of The Box tu dalam blog ni.. So, good bye Thingking Out of The Box. Stopping you does not mean that I'll stop thingking out of the box. Huhu.. I'm going to miss you baby! Waaa~

Gambar terakhir bersamamu TOOTB

K la, tu je kot tuk hari ni. InsyaAllah esok2 aku blogging lagi. Aku wat tenet tuk seminggu ni. Habis RM20. X pe la, daripada telinga berdesing dengar orang kutuk2 blog ni dah masuk Ice Age, baik aku update cepat2. K la, bye2..

P/s: Wah, lama gile x blogging~ Banyak mende dah berubah. Tangan pun cam x bese la menaip. Oh ye, blog soutul pun aku tutup gak. Idea sape la wat blog tu. Haha..

Read More...

7:19 PM

Selamat Hari Jadi! :D

Dipos oleh azalakapoor |

Bismillah..
Selamat hari jadi~ selamat hari jadi~ selamat hari jadi Aiman~ selamat hari jadi! Yeay! Aku dah 19 tahun! Gembiranya! Terima kasih kepada mak ayah yang membesarkan aku selama ini. Bukan senang nak melayan kerenah budak nakal macam aku ni, tapi mak ayah memang tabah membesarkan aku. Erm, terima kasih ayah belikan eman kek! Hehe.. Ni dia keknye!

Chocolate Indulgence! Sedap woo~~ Slurp~~

Selain tu, terima kasih kat sahabat2 yang mengucapkan selamat hari jadi samada tepat pada waktunya atau agak lewat sehari dua. Hehe.. Erm, semakin tua dah aku. Jawabnya, aku kena semakin matang. X bleh nak men2 sangat. Kena serius dalam banyak hal. Tapi bukan senang kan? Sama2 la doa supaya segala hal dipermudahkan..

Ok la, aku dah x tau nak taip ape. Post ni pun tipu tarikhnya. Just nak update. Ok la. Bye2~

P/s: Kek tu x abis makan. Agaknya pas aku sampai UTP, abang aku ngan kak aisyah yg abiskan. Huhuhu~

Read More...

Subscribe